Contact Us
We are taking you to another website now.

Anda telah mencapai tambahan privasi TCS untuk Malaysia. Untuk kembali ke notis privasi TCS umum, sila klik di sini.

Pengenalan

Privasi anda adalah penting bagi kami dan kami percaya ianya adalah mustahak untuk anda mengetahui apa data perjbadi yang kami, Tata Consultancy Services ("TCS" atau "kami") mengumpul daripada anda (dan pihak-pihak ketiga), kenapa kami mengumpulnya, bagaimana kami menggunakannya dan apa hak anda sebagai pemilik data atau pengguna.

Sila ambil maklum: segala maklumat dalam notis privasi ini adalah terpakai bagi dir( anda, kecuali jika dinyatakan sebaliknya berdasarkan status mastavtin anda. Untuk terma-terma tambahan yang mungkin terpakaj bagi anda berdasarkan status mastautin anda, sila rujuk kepada terma khusus bagi negara anda di akhir noti$ ini. Dalam notís ini, terma "data peribadi" digunakan untuk bermaksud sebarang maklumat berkaitan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti; notís yang khusus bagi sesebuah negara mungkin mengguna pakai istilah yang lain.

Kami menggalakkan anda untuk membaca notis ini, berserta dengan sebarang maklumat tambahan dan lebih spesifik yang mungkin kami menyampaikan kepada anda pada pelbagai masa semasa kami sedang mengumpul atau memproses data peribadl di jaman web TCS, produk atau applikasi, acara dan inisiatif supaya anda tahu bagaimana dan untuk tujuan apa kami memproses data peribadi anda. (Sila ambil maklum: Kami akan mengedarkan notis privasi berlainan jika terdapat perhubungan penggajian di antara TCS dan kakitangannya.)

Bagaimana kami akan menggunakan maldumat peribadi anda

Kami akan mengumpul jenis data peribadi yang berlainan dalam pelbagai cara yang berlainan dan menggunakannya bagi beberapa tujuan yang berlainan:

*Untuk memastikan kepada laman web dan perkhidmatan talian kami.

Secara umum, anda boleh melayarj TCS.com dan laman web sekutunya di laman web World Wide Web tanpa mendedahkan identiti anda. Perisian web atau Sekutu kami yang membekalkan perkhidmatan peningkatan penghuraian dan pelaksanaan boleh mengumpul:

  • alamat IP,

  • butir-butir pengoperasian,

  • butir-butir melayari komputer,

  • butir-butir peranti dan sambungan, dan/atau

  • penetapan Bahasa

Maklumat inj dikumpulkan untuk mengukur bilangan lawatan, purata penghabisan masa di laman, halaman yang dilihat dan maklumat serupa. TCS menggunakan maklumat ini untuk mengukur penggunaan laman, memperbaiki kandungan dan untuk memastikan keselamatan dan kawalan serta mempertingkatkan pelaksanaan dan pengalaman pengguna laman. Dalam beberapa keadaan, anda dikehendaki untuk mendaftar bagi mengakses kawasan laman web yang memerlukan pengesahan: dalam keadaan sebegini, kami juga akan mengumpul nama pengguna dan kata laiuan anda.

Kami juga akan mendapat data daripada pihak ketjga termasuk:

rangkaian sosial, apabila anda membenarkan kami mengakses data anda di satu atau lebih rangkaian melalui laman web kami.

  • Pembekal perkhidmatan, yang membantu kami untuk menentukan sesuatu lokasi berdasarkan alamat IP anda supaya perkhidmatan dan kandungan dapat diubahsuaikan kepada lokasi anda.

  • Rakan kongsi dengan siapa kami menawarkan perkhidmatan penjenamaan bersama atau terlibat dalam aktiviti pemasaran bersama.

TCS menggunakan cookie (fail kandungan kecil yang terletak pada alat peranti anda) dan teknologi serupa untuk memudahkan laman web kami berfungsi dengan teratur and untuk membantu mengumpul data: sila baca di sini polisi penuh kami tentang cookie. Sila ambil maklum bahawa laman web kami boleh termasuk pautan kepada laman web pihak ketiga di mana amalan privasi berbeza daripada yang diamalkan oleh TCS; jika anda memberi data peribadi anda kepada mana-mana laman web tersebut, data anda dikawal oleh kenyataan privasi mereka.

*Untuk menjawab penanyaan, sokongan dan permohonan orang penghubungan anda.

Jika anda menghubungi kami untuk pertanyaan, permintaan untuk maklumat lanjut tentang inisiatif atau produk atau pertanyaan sokongan generik yang lain, kami mungkin perlu memproses data peribadi anda seperti:

  • butir-butir peribadi dan hubungan, seperti nama penuh, syarikat dan peranan, e-mel dan alamat,

  • data demografi;

  • kelayakan dan pekerjan, dan/atau

  • kandungan pesanan anda kepada kami.

Bagi maklumat menguruskan data hubungan anda, langganan e-mel dan komunikasi promosi, sila guna borang hubungi kami yang terdapat di tcs.com atau laman web sekutu kami di mana anda telah memberí data Peribadi anda.

*Langganan komunikasi promosi kami

Jika anda mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran daripada TCS, kami boleh menghantarnya melalui e-mel, pos, telefon atau cara komunikasi yang lain. Untuk mendapatkan maklumat pengurusan data hubungan anda, anda boleh memperolehi butirbutir hubungan yang terdapat dalam notis privasi acara atau e-mel yang anda terima, atau anda boleh mengguna borang hubungi kami yang terdapat di tcs.com atau laman web sekutu kami di mana anda telah memberi data Peribadi anda.

*Untuk melaksanakan acara dan inisiatif

TCS kerap menganjurkan acara dan inisiatif, sama ada terbuka secara percuma atau dengan jemputan sahaja; dalam keadaan ini, notis privasi ini terpakai bagi kedua-dua peserta dan jurucakap, berserta dengan maklumat tambahan lain yang dibekalkan berkaitan setiap acara. Bagi membolehkan peserta mengambil bahagian dalam acara (termasuk komunikasi sebelum dan selepas acara), kami perlu mengumpul dan memproses maklumat terhad, seperti:

  • nama penuh,

  • syarikat, jawatan and alamat e-mel perniagaan,

  • nombor telefon,

  • lokasi, dan/atau

  • gambar dan video anda.

Di mana terdapat perkhidmatan ketamuan dibekalkan, kami boleh juga mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi yang lebih sensitif (SPI) di bawah "kategori istimewa", sepertj keperluan diet atau ketidakupayaan peribadi. ini hanya akan dilakukan dan setakat dibenarkan oleh undang-undang. Acara mungkin akan dirakamkan, maka gambar dan video boleh dikumpul juga; dalam keadaan sebegini, anda akan dimaklumkan melalui satu notis khusus di lokasi rakaman. Bahan ini boleh digunakan kemudian oleh TCS bagi tujuan keserasian lanjutan selaras dengan notis yang anda terima. Juga, semasa pelaksanaan acara, kami boleh mengumpul data mengenai diri anda, yang mana kemudian kami gunakan untuk menghubungi anda semula untuk menerima maktum batas an/atau untuk memberi maklumat komersial lanjutan mengenai TCS; ini boleh dilakukan dengan persetujuan anda, jika perlu.

Kami boleh juga mendapatkan data daripada pjhak ketiga termasuk penganjur acara pihak ketiga di mana acara tersebut dibiayaj oleh TCS. Penganjur boleh memberi senarai para hadirin. Dalam keadaan sebegjni, kenyataan privasi pihak ketiga yang mana yang anda telah memberikan data peribadi anda akan terpakai kepada diri anda.

*Mempromosi jenama, produk, inisiatif dan nilai TCS dengan komunikasi pemasaran

TCS mempunyai kepentingan sah dan kukuh dalam mempromosikan jenama, produk, inisiatif-inisiatif dan nilai-nilainya. Untuk mencapai tujuan tersebut, kami memproses data peribadi mengenai penghubungan perniagaan kami termasuk pelanggan TCS yang sedia ada dan berpotensi, pihak ketiga dan perantara yang TCS berinteraksi semasa menjalankan perniagaan. TCS boleh mengumpulkan maklumat mengenai anda termasuk nama, butir-butir hubungan dan maklumat lain seperti jawatan anda, majikan, bidang kepentingan perniagaan dan butiran lain perniagaan. Kami boleh memproses data tersebut menggunakan perisian atau platform yang membolehkan kami menguruskan hubungan pelanggan kami. Kami mengumpulkan data tersebut secara langsung atau tidak langsung daripada anda, atau daripada pihak ketiga, seperti rakan niaga, broker data, rangkaian sosial, syarikat pemasaran, dan sumber yang tersedia untuk umum seperti laman media sosial yang sah untuk melakukannya. Dalam kes sedemikian, kami juga akan mematuhi sekatan tambahan yang dikenakan oleh kawasan di mana data anda dikumpulkan serta sumber data tersebut. TCS juga boleh mengumpulkan data daripada sistem e-mel dan kalendar kami mengenai interaksi antara rakan sekutu dan kenalan TCS atau pihak ketiga.

Data anda digunakan oleh kami sebahagiannya untuk mentadbir, mengurus dan mengembangkan perniagaan dan perkhidmatan kami; seperti mengenal pasti keperluan perniagaan pelanggan yang sedia ada dan berpotensi, menganalisis dan menilai kekuatan interaksi kami dengan kenalan perniagaan tertentu, melakukan analitik termasuk menghasilkan metrik seperti peta hubungan untuk kepemimpinan perniagaan kami dan profil terhad untuk tujuan membantu kami mengembangkan dan menawarkan produk dan perkhidmatan yang sesuai kepada pelanggan yang sedia ada dan berpotensi. Analitik boleh dilakukan oleh kami dengan menggunakan algoritma yang membantu kami menganalisis dan memberi taraf interaksi dengan anda bergantung pada frekuensi dan tempoh interaksi. Kami juga boleh menghantar komunikasi pemasaran dan tinjauan untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau memberikan maklumat kepada anda mengenai kami dan perkhidmatan kami yang kami mempunyai alasan untuk percaya bahawa akan menarik minat anda dalam kapasiti profesional anda.

Apabila menghubungi anda, kami mungkin melakukannya melalui saluran yang berlainan, seperti e-mel, panggilan telefon, pos atau cara komunikasi lain seperti melalui laman media sosial seperti LinkedIn. Kami hanya akan menghantar komunikasi pemasaran elektronik kepada kenalan perniagaan dalam konteks perniagaan-ke-perniagaan, di mana kami mempunyai persetujuan anda terlebih dahulu atau di mana adalah sah untuk melakukannya dalam bidang kuasa lokasi anda berada. Anda boleh memilih untuk menarik diri daripada menerima komunikasi tersebut pada bila-bila masa dengan menggunakan borang hubungi kami di TCS.COM atau laman web sekutu di mana anda telah memberikan data peribadi anda, menulis kepada Pegawai Perlindungan Data atau Ketua Pegawai Privasi kami (lihat bahagian di bawah) atau melalui mana-mana kaedah lain yang diberikan dari semasa ke semasa (sebagai contoh: pautan berhenti melanggan disertakan di bahagian bawah e-mel).

ssDari semasa ke semasa, kami boleh menggunakan nama, petikan, gambar atau video anda untuk mempromosikan dan meluaskan jenama dan aktiviti TCS. Dalam sebarang keadaan sedemikian, anda akan menerima maklumat tambahan yang sewajarnya mengenai penggunaan data peribadi anda.

*Untuk mengurus, melaksana dan memenuhi obligasi di bawah kontrak, dan peraturan

Di mana TCS mempunyai hubungan berkontrak dengan anda (selain daripada hubungan penggajian), majikan atau syarikat anda, atau sedang mengambil langkah untuk memasuki satu hubungan berkontrak, kami mungkin perlu memproses data peribadí anda, biasanya terhad pada nama, butir-butir hubungan perniagaan dan nama jawatan untuk memasuki dan/atau memenuhi obligasi perkhidmatan yang timbul daripada kontrak yang sama, seperti memberikan anda atau majikan atau syarikat anda tawarkan kepada kami. Kami juga akan memproses data peribadi seumpama itu bagi tugasan sampingan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan harian kami, seperti perakaunan, pengauditan, laporan (kepada pengatur dan pihak berkuasa) dan untuk mematuhi peraturan terpakai.

Jika anda tidak memberi maklumat tertentu apabila diminta, ia mungkin akan melengahkan atau menghalang kami daripada melaksanakan sesuatu perkhidmatan yang anda telah meminta darlpada kami, atau dalam urusan menjawab pertanyaan anda dan/atau dalam membenarkan anda menyertai inisiatif kami.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang kami mengumpulnya, kecuali jika kami berpendapat secara munasabah bahawa kami perlu menggunakannya bagi tujuan lain yang serasi dengan tujuan asal dan undang-undang terpakai. Jika kami perlu menggunakan data peribadi anda bagi satu tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan kepada anda dan akan menerangkan asas perundangan yang membenarkan kami berbuat demikian.

Sila ambil maklum bahawa kami boleh memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau persetujuan anda, selaras dengan peraturan di atas, jika ia diperlukan atau dibenarkan di sisi undang-undang.

Bagaimana kami akan berkongsi maklumat peribadi anda

Kami boleh berkongsi data anda dengan pihak ketiga, termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan lain-lain entiti kumpulan TCS. Harap maklum, dalam apa keadaan jua, TCS tidak pernah dan tidak akan menjual data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Tambahan, TCS tidak berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga bagi apa-apa tujuan tambahan (sebagaimana diringkaskan di bawah) kecuali jika perlu memenuhi obligasi perundangan atau tujuan perniagaan yang sah yang dibenarkan di slsi undang-undang.

Kenapa anda mungkin akan berkongsi data peribadi saya dengan pihak ketiga?

Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga apabila dikehendaki di bawah undang-undang, di mana ia diperlukan bagi sesuatu aktiviti tersebut di atas atau di mana kami mempunyai asas perundangan yang sah untuk berbuat demikian. Kami memerlukan pihak ketiga untuk menghormatkan keselamatan data anda dan melaksanakannya selaras dengan undang-undang. Di mana diperlukan oleh undang-undang, kami akan meminta persetujuan anda sebelum memindah data kepada pihak ketiga yang bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat TCS.

Pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mana memproses data peribadi saya?

"Pihak ketiga" termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk kontraktor dam ejen yang dilantik dan entiti lain dalam kumpulan kami). Aktiviti berikut boleh dilaksanakan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga: menganjur dan lain-lain perkhidmatan internet, penyimpanan dan penghuraian data, penyelidikan pemasaran dan pengurusan kempen, penganjur acara dan penyaji. Kesemua pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami dikehendaki mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan polisi kami. Kami tidak membenarkan pembekal hetiga kami untuk menggunakan data peribadj anda bagi tujuan mereka sendjri. Kami hanya membenarkan mereka untuk memproses data perlbadi anda bagi tujuan tertentu dan selaras dengan arahan kami dan undang-undang terpakai. Kami mungkin juga perlu berkongsi data peribadi anda dengan pengatur atau untuk sebaliknya mematuhi undang-undang.

Bilakah anda mungkin akan berkongsi data peribadi saya dengan entiti lain dalam kumpulan?

Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain dalam kumpulan TCS sebagai sebahagian aktiviti laporan biasa tentang pelaksanaan syarikat, dalam konteks penyusunan semula perníagaan atau amalan penstrukturan semula kumpulan, bagi sokongan sistem penyelengaraan dan penganjuran data dan apabila ia perlu berbuat demikian supaya salah satu dari aktiviti tersebut di atas dapat dilaksanakan (lihat "Bagaimana kami menggunakan maklumat anda"). Entiti lain dalam kumpulan TCS dikehendaki mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan polisi kami.

Memindahkan data peribadi anda luar dari negara mastautin anda

Kami boleh memindahkan data perlbadi anda yang telah kami kumpul ke lebih dari satu negara di luar dari negara mastautjn anda atau di luar negara di mana anda mengakses laman web ini, termasuk India, untuk melaksanakan salah satu daripada aktiviti tersebut di atas (lihat "Bagaimana kami menggunakan maklumat anda"). Dalam keadaan begitu, kami telah menetapkan langkah sewajarnya untuk memastikan data peribadi anda terkawal selaras dengan undang-undang negara mana anda bermastautin. Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang langkah-langkah perlindungan jni, anda boleh memohonnya daripada Pegawai Perlindungan Data kami (sila lihat senarai hubungan di bawah) atau menghantar e-mel kepada tcs.cpo@tcs.com.

Bagaimana kami akan menyimpan maldumat anda dengan selamat

Kami telah menetapkan langkah-langkah teknikal, berorganisasi dan keselamatan yang sewajarnya untuk menghalang data peribadi anda hilang secara tidak sengaja, dipergunakan atau diakses melalui cara yang tidak dibenarkan, dipinda atau didedahkan. Tambahan pula, kami menghadkan akses data peribadi anda kepada pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga lain yang perlu mengetahui. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda atas arahan kami dan tertakluk kepada kewajipan kesulitan.

Kami telah menetapkan prosedur untuk berurusan dengan sebarang kemungkiran keselamatan data yang mencurigakan dan akan memaklumkan kepada anda dan mana-mana pengatur yang terpakai tentang sebarang kemungkiran yang mencurigkan di mana kami dikehendaki berbuat demikian menurut undang-undang.

Berapa lama kami akan menyimpan maklumat anda

Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama ianya diperlukan bagi sasaran tujuan ianya dikumpul, termasuk bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, perakaunan atau laporan. Butir-butir tempoh penyimpanan data peribadi anda bagi aspek yang berlainan terdapat dalam polisi penyimpanan kami dan boleh diperolehi atas permintaan daripada Pegawai Perlindungan Data kami (lihat butir-butir senarai hubungan di bawah). Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sewajarnya bagi data peribadi, kami mengambil kira jumlah, jenis dan kepekaan data peribadi tersebut, potensi risiko bahaya akibat penggunaan yang tidak dibenarkan atau pendedahan data peribadi anda, tujuan kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami dapat mencapai tujuan tersebut melalui lain-lain cara, dan keperluan perundangan yang terpakai.

Dalam beberapa keadaan, kami boleh menyembunyikan data peribadi anda supaya ia tidak boleh dikaitkan dengan anda lagi, dalam keadaan mana kami boleh menggunakan maklumat seumpama itu tanpa sebarang notis tambahan kepada anda.

Bagaimana untuk menghubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan privasi-privasi, aduan atau pertanyaan mengenai penyata privasi ini, sila tujukannya kepada Ketua Pegawai Privasi Tata Consultancy Services di tcs.cpo@tcs.com atau hubungi kami melalui borang "Hubungi Kami" di tcs.com atau laman web sekutu di mana anda telah memberikan data peribadi anda dan menyatakan kebimbangan anda secara terperinci.

Bagi tujuan data yang diproses di bawah penyata ini, pengawal atau pembekal perniagaan/ perkhidmatan bagi pemprosesan data peribadi anda yang dikumpul melalui laman web kami adalah Tata Consultancy Services Limited, TCS House, 2nd Floor, Raveline Street, Fort Mumbai 400 001, India. Untuk tujuan lain yang dinyatakan di atas, pengawat atau pembekal perniagaan/perkhidmatan adalah entiti sama kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam penyata privasi lain yang dimaksudkan bagi setiap keadaan.

Hak untuk menarik balik persetujuan

Dalam keadaan terhad dan berdasarkan negara anda bermastautin; di mana anda telah memberi persetujuan anda bagi pengumpulan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi anda untuk sesuatu tujuan tertentu, anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda bagi pemprosesan tersebut pada bila-bila masa. Untuk menarik balik persetujuan, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami (sila Iihat senarai hubungan di bawah). Sebaik sahaja kami menerima pemberitahuan bahawa anda telah menarik balik persetujuan, kami tidak akan lagi memproses maklumat anda bagi tujuan atau tujuan-tujuan sebagaimana anda telah bersetuju pada asalnya, melainkan jika kami mempunyai asas perundangan yang Iain untuk berbuat demikian.

Sila Iihat di bawah senarai Pegawai Perlindungan Data mengikut kawasan.

Kami telah melantik Pegawai Perlindungan Data (DPOs) untuk menyelia pematuhan TCS terhadap undang-undang perljndungan data yang terpakai dan notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang notis privasi ini atau bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda, sila hubungi DPO di kawasan anda:

 

Pegawai Perlindungan Data bagi UK dan Ireland:

DPO.uki@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi Benua Eropah:

DPO.Europe@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi Amerika Syarikat:

US.Privacy@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi Kanada:

Canada.Privacy@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi Brazil:

DPO.Brasil@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi LATAM

DPO.LATAM@tcs.com

Pegawai Perlindungan Data bagi APAC:

DPO.APAC@tcs.com

 


Pindaan kepada notis privasi iní

Kami berhak untuk mengemaskini notis privasi ini pada bila-bila masa, dan kami akan membekalkan anda dengan notis privasi yang baru apabila kami membuat kemas kini yang ketara. Kami juga akan memaklumkan kepada anda melalui cara lain dari masa ke semasa mengenai pemprosesan data peribadi anda.

TERJEMAHAN

LAMPIRAN

BAGI PENDUDUK DAN PEMILIK DATA Dl MALASIA

Apabila kami mengumpul dan mengguna data peribadi anda, kami akan tertakluk kepada undang-undang terpakai termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"). Kami menerima pakai prinsip perlindungan Data Peribadi yang terkandung dalam PDPA. Di bawah adalah tambahan peruntukan tertentu yang terpakai bagi diri anda sebagai seorang penduduk atau pemilik data dalam Malaysia.

PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI KEPADA PENERIMA LUAR NEGERI

Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan badan korporat berkaitan yang terletak di luar Malaysia bagi tujuan yang dinyatakan di dalam notis privasi. Sila ambil maklum bahawa beberapa pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami boleh termasuk pembekal perkhidmatan rangkaian internet yang boleh menyimpan dan memproses maklumat peribadi dalam rangkaian internet di dalam atau di luar Malaysia. Bagj tujuan yang ternyata dalam notis privas)nya, TCS atau badan korporatnya yang berkaitan boleh menyimpan, memproses atau mengguna maklumat peribadi anda atas rangkaian internet yang terletak di dalam atau di luar Malaysia. Adalah menjadi polisi TCS yang memerlukan TCS untuk berkongsi maklumat peribadi anda di luar negeri secara mana ia memerlukan kesulitan dan tahap keselamatan yang ketat, semasa dalam transit dan di lokasi luar negeri. Kami mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastjkan bahawa penerima maklumat peribadi anda di luar negeri adalah terikat dengan tahap privasi yang kuat dan teguh yang serupa atau sebanding.

HAK ANDA

Perubahan maklumat peribadi anda

Adalah mustahak bahawa maklumat peribadi anda yang ada dalam simpanan kami adalah tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami jika ada perubahan data peribadi anda semasa dalam tempoh berurusan dengan kami.

Hak anda berkaitan dengan maklumat peribadi anda

Di bawah keadaan-keadaan tertentu, di sisi undang-undang anda berhak untuk:

  • Memohon akses kepada maklumat peribadi anda. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel dan memohon akses kepada maklumat peribadi anda. Dalam keadaan biasa, kami akan memberi anda akses penuh kepada maklumat peribadi anda, namun mungkin terdapat alasan perundangan atau pentadbiran untuk menolak permohonan akses tersebut (sebagai contoh, di mana pemberian akses boleh mengakibatkan ancaman serius terhadap keselamatan seseorang atau di mana akses itü menyalahi undang-undang) - dalam keadaan mana kami akan nyatakan alasan kami bagi penolakan tersebut. Anda boleh memohon sesaljnan rekod data perlbadi anda.

  • Memohon pembetulan maklumat peribadi anda. Anda boleh memohon untuk pindaan atau pembetulan jika maklumat peribadi anda tidak tepat, tidak berkaitan atau telah luput tarikhnya, atau tidak lengkap.

  • Hak untuk Membantah pemasaran terus dan profil. Anda boleh memaklumkan kepada kami jika anda ingin kami memberhentikan pemprosesan maklumat peribadi anda bagi tujuan pemasaran terus.

  • Hak untuk menarik balik persetujuan. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan memberi notis yang munasabah, kecuali jika ianya menjejaskan tindakan dalam satu obligasi perundangan;

×

Thank you for downloading

Your opinion counts! Let us know what you think by choosing one option below.